Bicara Professional Dengan Dr Amin bin Senin

INTIPATI BICARA PROFESSIONAL OLEH DATUK DR. AMIN BIN SENIN, TKPPM (SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN)

Tarikh : 7 Mac 2017
Tempat : Wisma JPN Sabah

1. Semua pihak terutamanya peringkat sekolah perlu menghayati dan memahami sepenuhnya hasrat PPPM 2013 - 2025.

2. Sekolah seharusnya menyediakan pendidikan yang holistik dan berkualiti tanpa mengambil kira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang.

3. Hasrat akhir PPPM 2013-2025 adalah *kemenjadian murid* dan *sekolah berkualiti*.

4. Kemenjadian murid berteraskan kepada tiga elemen iaitu dokumen kurikulum standard, pedagogi dan pentaksiran. Ketiga-tiga elemen digabungkan dalam bentuk usaha untuk menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid dalam bilik darjah untuk mencapai matlamat pendidikan.

5. Pentaksiran di dalam bilik darjah merupakan maklum balas untuk melihat perkembangan murid. Pentaksiran bilik darjah perlu dilaksanakan sepanjang masa bagi mengelak defisit kumulatif pembelajaran.

6. Konsep Sekolah Berkualiti adalah berteraskan kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna melalui tiga dimensi iaitu; pemimpin berkesan, guru berkualiti dan sokongan PIBG & Komuniti

7. Menjelang 2025, semua sekolah telah melalui Program Transformasi Sekolah untuk mencapai kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

8. Pegawai SIPartners, SISC+, Pensyarah IPGM dan Pensyarah IAB akan dilibatkan dalam aktiviti Program Transformasi Sekolah 2025

9. JPN/PPD/Sekolah  diminta memantapkan dan meningkatkan kemahiran guru melalui PLC dan berfokus ke arah matlamat yang ingin dicapai seterusnya meningkatkan kemahiran menilai secara profesional (professional judgement)

10. Semua sekolah seharusnya berusaha memastikan semua murid mencapai penguasaan tahap minimum dalam setiap mata pelajaran.

11. Pada umur 15 tahun, murid-murid seharusnya berupaya menguasai dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran sedia ada untuk mengaplikasi ilmu yang diperolehi.

12. Pelaporan individu murid sekolah rendah setelah tamat Tahun 6 akan menggunakan tapak pelaporan bersepadu yang mengandungi semua komponen PBS.

13. Semua sekolah akan dinilai sepenuhnya menggunakan SKPMg2.

14. Semua warga pendidik perlu memastikan semua maklumat dari peringkat KPM difahami dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Comments