Bimbingan Audit untuk SKPM.G2 bersama Jemaah Nazir Negeri Kedah

Satu program bimbingan audit SKPMG2 bersama pasukan Jemaah Nazir negeri kedah telah dilaksana mengikut ketetapan berikut:

Tarikh      : 08.04.2018
Masa         : 10.00 pagi
Tempat     : SMK Bandar Baru       Darulaman, Jitra




Tujuan program ini ialah untuk membimbing sekolah sekolah menengah dan rendah di daerah Kubang Pasu mengendalikan SKPMG2 dengan baik.


Tatacaranya ialah dengan mengaudit setiap sekolah atas pelaksaan SKPMG2 2017.

Dapatan daripada audit ialah :
1. Sekolah telah melaksanakan program program seperti yang diarah namun eviden yang dibawa kurang memuaskan.

2. Pengisian online SKPMG2 kurang tepat.

Hasil daripada dapatan audit, pihak pengurusan sekolah telah melakukan penambahbaikan berikut:

1. Pemantapan ajk SKPMG2 dengan menambah bilangan ahli untuk mengutip eviden eviden mengikut bidang masing masing.

2. Perancangan untuk mengadakan mesyuarat dengan ajk SKPMG2 untuk menjelaskan tugas dan tanggungjawap setiap ajk.

3. Menyediakan satu sudut dibilik Penolong Kanan Pentadbiran untuk meletakkan rak buku yang akan digunakan untuk menyimpan eviden eviden dan lain lain dokumen yang berkaitan.

Comments